Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: PAPAN CERITA E-MAJALAH

Hai kalian semua. Apa khabar ??

Hari ini aku ingin memberikan beberapa tips tentang papan cerita ?

APA ITU PAPAN CERITA E -MAJALAH ?


  • Papan cerita ialah jalan perceritaan bagi sebuah bagi sebuah keluaran majalah.

  • Papan cerita ini kena ada 10 perkara ini. Seperti :
            # Muka depan produk syarikat
            # Sidang Pengarah
            # Produk yang pertama
            # Produk yang kedua
            # Produk yang ketiga
            # Produk yang keempat
            # Produk yang kelima
            # Produk yang keenam
            # Produk yang ketujug
            # Papan iklan syarikat lain 
  • Di dalam papan cerita ini kenalah ada tajuk besar, apa yang menariknya tentang produk itu, katak-kata hikmah yang bersesuaian dengan produk tersebut. Sebagai contoh, papan cerita tentang produk kasut, beg tangan , syampu, baju dan sebagainya.

Baiklah, sampai disini sajalah perkongsian aku. Selamat tinggal ahli blogger.


BBM3410/ 18: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum wahai ahli blogger.😄😄😄😄. Hamapa sihat dak semua ? Kalau sihat Alhamdullilah. Baik hari ini, aku nak bagi nota tentang tugasan aku ini sikit ha.

APA ITU ASAS GRAFIK?


Baiklah, Hampa kalau nak buat asas grafik , sebelum itu hampa kena ada 6 jenis barang ini.


  •  6 keping mounting board
  •  6 Riben yang bersaiz lebar dan suku inci
  •  Gam uhu stick
  •  Pisau kecil
  •  Gunting  
  •  Majalah yang terpakai
Hampa jangan ingat pakai komputer nah.. Semua ini kena buat pakai tangan dan bakal menguji kesabaran hampa semua. 😆😆😆😆😆😆 ( Gelak jahat )


Bagi sebelum hampa nak buat tampal-tampal, gunting-gunting, Hampa kena ada dulu beberapa ciri-ciri Asas Grafik masa hampa nak pilih gambar dalam majalah yang hampa maw.

Antaranya ialah :

  • Mudah
Baik, macam mana hampa nak kenai gambar dalam majalah itu ada memiliki ciri-ciri asas  grafik " Mudah" Senang saja nak cam. 

  • Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, mesej yang gambar itu hang paham berdasarkan gambar yang ada dekat situ. Sebagai contoh, gambar kasut kulit yang diperbuat dari kulit buaya tapi bila sampai dekat tulisan atau tajuk besar dia " Hentikan penggunaan pakaian yang menggunakan kulit haiwan" Haa, macam itu ja wei. Senangkan?
Seterusnya

  •  Keseimbangan 
Kseimbangan ini, bila hang tengok gambar majalah itu, hang nampak seimbang dari sisi kanan, sisi kiri . sisi atas  dan sisi  bawah. Kiranya senang cerita gambar duk tengah la dan mempunyai mesej yang tertentu. Sebagai contoh :

  • Aku bagi contoh la, gambar itu macam gambar gadjet berkaitan info dunia hanya dihujung jari Gambar itu duk tengah dan seimbang dari sisi kanan dan kirinya. Haa., Itulah , Asas grafik, kesimbangan. Senang ja kan nak cam ?

Selain itu, 


  • Kesesuaian 
Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, hang rasa  sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia. Sebagai contohnya:

  • Gambar orang tengah solat dan tajuk dia sesuai dengan persekitaran itu. Macam " Solat itu tiang agama". Dekat situ pon , hang dah boleh paham apa itu asas grafik kesesuaian. 

Di samping itu, 

  • Warna
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia

  • Sebagai contoh, bila hang  tengok gambar tu, hang rasa sesuai dari segi warna dan persekitaran dia. Macam dalam majalah itu ada gambar  orang sambut hari Kemerdekaan dan hang tengok sesuai warna dan persekitaran itu seperti warna bendara Malaysia dan orang yang pegang bendera itu. Bila hang tengok balik, Persekitran gambar itu sesuai dengan warna bendera kita yang sudah sedia maklum warna biru, kuning, merah dan putih serta pesekitaran  dia. 

Akhir sekali, 


  • Teks 
Saiz yang berbeza, Fon yang  berbeza, memiliki slogan, tema dan sebagainya.
  • Sebagai contoh, gambar majalah yang memiliki teks, slogan , tema dan sebagainya. Macam " Hidup Perpaduan Mengharmonikan Negara" berserta beberapa orang dari pelbagai kaum dari gambar itu. Kiranya tulisan teks itu memenuhi latar belakang gambar tersebut. 



Baiklah, lepas hampa dah jumpa semua asas  grafik itu, hampa boleh la gunting tampal dekat mounting board itu. 

Oke, sampai sini  saja, selamat tinggal kalian.



BBM3410/ 18 : VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum , semua,  aku kembali lagi untuk memberikan beberapa tips bagi


VIDEO TANPA WAJAH

Apa itu video tanpa wajah?

  •  Video tanpa wajah ini ialah sejenis rakaman video yang tidak memerlukan wajah dan hanya       berfokus kepada pergerakan badan iaitu  tangan dan kaki sahaja.

  •  Video tanpa wajah ini juga memiliki jalan penceritaan juga bagi setiap lagu yang telah dipilih   oleh hampa.

  • Video ini juga tidak membataskan latar belakang hampa dan hampa berhak untuk memilih latar belakang rakaman berdasarkan penceritaan yang telah dibuat oleh hampa semua.

  • Sebagai contoh, video tanpa wajah yang hanya berfokuskan kepada kaki atau kasut dan video tanpa wajah yang hanya berfokuskan kepada tangan, pisau, beg kertas dan sebagainya yang memerlukan bantuan tangan.

  • Sekiranya video tanpa wajah itu hanya berfokuskan kepada bantuan tangan seperti memegang pisau maka video tersebut dipanggil sebagai video tanpa wajah ( pisau ) kerana ia bukanlah berfokuskan kepada pisau dengan bantuan tangan di dalam rakaman video tersebut.

Baiklah, sampai disini sahaja , pengkongsian tips dari aku mengenai video tanpa wajah

Selamat tinggal semua 😅😅😅

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

Hai semua,, hari ini aku ingin memberitahu beberapa tips atau nota kepada hampa semua tentang


VIDEO ONE SHOT

Apa itu video one shot ? 


  • Video one shot ini merupakan satu shot yang memerlukan pengerakan manusia keluar masuk di dalam video  tersebut. 
  •  Video one shot juga memiliki jalan cerita berdasarkan pemilihan lagu kalian lorh!!  



APA ITU VIDEO ONE SHOT ONE LAYER

  • Video ini juga tidak boleh dihentikan pengerakan manusia sepanjang lagu yang dipilih oleh hampa  di dendangkan.
  • Namun begitu, video one shot ini tidak memerlukan latar belakang yang cantik atau latar belakang   pergerakan di dalam video sepanjang rakaman tersebut. Contohnya  seperti berikut :  

  •              # Pergerakan pokok
                 # Pergerakan kereta
                 # Langsir bergoyang dan sebagainya


APA ITU VIDEO ONE SHOT TWO LAYER?
  • Video ini juga tidak boleh dihentikan pengerakan manusia sepanjang lagu yang dipilih oleh hampa  di dendangkan.
  • Namun begitu, video one shot ini  memerlukan dua jalan penceritaan di dalamnya,
  • Tidak memerlukan latar   belakang   pergerakan di dalam video sepanjang rakaman tersebut. Contohnya  seperti berikut :  

  •              # Pergerakan pokok
                 # Pergerakan kereta
                 # Langsir bergoyang dan sebagainya


    APA ITU VIDEO ONE SHOT THREE LAYER ?


  • Video ini juga tidak boleh dihentikan pengerakan manusia sepanjang lagu yang dipilih oleh hampa  di dendangkan.
  • Namun begitu, video one shot ini  memerlukan latar belakang yang cantik atau latar belakang   pergerakan di dalam video sepanjang rakaman tersebut. Contohnya  seperti berikut :  


    •              # Pergerakan pokok
                   # Pergerakan kereta
                   # Langsir bergoyang dan sebagainya

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian aku pada hari ini berkaitan video one shot ini.


Selamat tinggal Ahli-ahli Blogger 



Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: VIDEO YANG AKU BUAT UNTUK KELAS ONLINE





Kemarin sepatutnya ada kelas amali untuk buat kalendar menggunakan Adobe Photoshop..

Tiba-tiba pulak dibuatnya oleh Prof  kelas online.

Tunggu punya tunggu arahan dekat Putrablast sekali Prof suwuh buat video macam mana cara kami 

semua buat kalendar menggunakan Adobe Photoshop.

Jadi inilah hasilnya. Enjoy uoalls semua ye,,

Kalau nak suwuh saya perbaiki pon boleh komen di ruangan bawah ye.

Selamat Menonton Ahli Blogger Semua









BBM3410/18: TWITTER YANG DIPOST DI LAMAN


Dulu sebelum balik cuti mid sem Prof suwuh install Twitter  sebab  Multimedia kan. hihihi..

 Seminggu sekali saja.

Minggu ke 6 jugak la Prof suwuh install pon.


Tapi masalahnya..Haa Ni la nak ceritanya.


Oke. Prof, saya nak bagi bukti ni yang saya post dekat laman Twitter saya

Tapikan Prof....😏😏😏😏


Kalau nampak post yang lebih satu dalam seminggu tu .. Maafkan saya la yer Prof..

Tangan gatai  nak menaik ja.😆😆😆


Oke Prof ini, adalah bukti post dekat laman Twitter tiap-tiap minggu.



Minggu 6, 7, CUTI MIDSEM








MINGGU 8 









MINGGU 9 








YANG SAYA TWEET DARI ORANG 
















OKE SAMPAI DISINI SAJA . BYE-BYE



Thursday, November 8, 2018

BBM3410/18: KAMPUNGKU

Hai, warga blogger, aku ingatkan cuti mid sem ni tak dak kerja dari Prof, Rupanya ada juga!!

Haa ini pulak syarat-syarat tugasan cuti midsem

1) Tangkap 10 Gambar di kawasan kampung anda

2) Menggunakan kata-kata semangat dari Buku 200Quotes.

3) # kelakar

4)#Kampungku.

Berakit-rakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Kepayahan menangkap gambar bagi tugasan kampungku bukanlah suatu yang mudah.

Mahu nya tidak

Orang tengok aku pelik tangkap gambar papan tanda nama kampung!!
😂😂😂😆😆😆

Oke, untuk pengetahuan hampa, aku ada dua kampung.

Felda Teloi Timur, Sik dan Kuala Ketil, Baling


Sebab apa?

Membesar dekat Felda Teloi Timur,

Bila dah mengaji tinggi tinggal dekat Kuala Ketil.


OK, Lihatlah kampungku wahai ahli blogger.




















BBM3410/18: PUNYA LA SUSAH NAK CARI SKRIP ASIA MODEN CHINA

Hai tuan-tuan dan puan-puan , hari ini saya hendak bercerita satu kisah.

Satu kisah yang berbaur sedih dan gembira.

Mai kami nak mula.

Ceritanya begini, saya sebagai pelajar minor bagi seni persembahan kena cari skrip teater bagi

tugasan analisis teater Asia Moden. Dr Fazilah bagi 6 negara saja iaitu:


CHINA

JEPUN

FILIPINA

INDONESIA

SINGAPURA 

INDIA


Saya dengan rakan tugas pon ambik la negara China ( Acah-acah nak  buat benda susah, amek terus

la benda yang payah buat kan😆😆😆😆😆 ) Humm,, sekali amek negara China , susah betui nak 

dapat skrip teater China ini, walaupun terkenal dengan Opera China dekat Malaysia. Punya la cari 

dekat google yang banyak jumpa pon skrip filem. Cari dekat ke perpustakaan UPM pon tak ada, siap 

tanya senior lagi yang pernah buat analisis skrip teater asia ini, menaiplah aku dekat depan komputer 

perpustakaan nak cari buku itu tapi TAK DA





Dengan berat hatinya, pi la tanya Dr pasal skrip ini, Dr cakap dekat Dewan Bahasa dan 

Pustaka(DBP) ada. Dengan semangat yang kental, kami semua yang sungguh-sungguh nak cari ini pi

 la keesokkan harinya dekat DBP. Bila dah sampai, bahan yang kami nak cari tuu, x ada lah pulak.

Aku pikir positif saja dan redha keadaan kami ini. Hari yang aku patut pi DBP tu sepatutnya aku kena

kena hantar buku yang aku pinjam dekat perpustakaan itu. Alamatnya kena bayar denda la cek oii.



Aku dan kawan-kawan pon pulang la dengan hati yang redha dan pasrah


tapi meh aku belanja sikit gambo kami pi DBP haritu..Sat nahh





Kalau nak tahu cerita seterusnya... Nantikan sambungannya yee. Bye-bye












Friday, November 2, 2018

BBM3410/18: ANUGERAH SKRIN 2018

Sebenarnya, aku tak tahu nak post apa sebenarnya. Alang-alang tengah tengok Anugerah Skrin hari ini, Aku nak komen la sikit pasal Anugerah Skrin 2018 hari ini. Aku berharap pelakon lelaki terbaik
dalam filem  Faizal Husin atau Jalil Hamid yang menang. Kena-kena Shaheizy Sam yang menang.😣😣..Rezeki masing-masingkan. Tapi satu jela, Otai-otai yang tercalon ini tetap dihati saya.Tambah-tambah Faizal Husin, terjumpa kita dekat  DBKL lepas tengok teater Zhou Si Anak Yatim. hihihi. Ok la hampa, aku share sikit gambar bersama Faizal Husin.. Ehh bukan gambar aku. Aku tukang tangkap foto ja. Ha ni gambar yang aku tangkap untuk budak-budak teater
.

BBM3410/18: BERCUTI SAMBIL BEKERJA DI PORT DICKSON



Pada mulanya, aku ingat pi bercuti saja,

Bila di saat akhir, dapat tahu pulak,

Kena Tolong Senior Berlakon Teater Monolog!!

Dekat Port Dickson


Pasrah jela Hati ini,

Tapi yang bestnya..

Jadi Anak Angkat DO Port Dickson😍😍

Tapi tula, ayah dan mak angkat sibuk, sampai tak bertemu pon dengan anak angkat ini. 😂😂

Rasa macam anak terbuang dah aku ni. 😅😅.

Ini sajalah Aku nak share hari ini. hahaha. Selamat Tinggal Dunia.hahaha














Thursday, October 25, 2018

BBM3410/18: GAMBAR YANG DI LIKE OLEH PROF

😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Kenapa muka aku macam tu? Sebab Prof  like gambar hasil kerja kami minggu 1- minggu 4.
Prof cakap, kalau dia like baru dapat markah kalau gambar tu menepati ciri-ciri laa.( Matilanak, kita kena ikut sifu). Terharu Cek Prof like, Lepas Prof like dan-dan aku screenshot terus takut Prof Unlike balik. Kalu Prof tak like mah menyanyi lagu M. Nasir dalam hati aku ini. 10 Markah wei,,hampa ingat sikit ka 10 markah tu, Nak dapat 10 markah kena dengan usahanya takpa la. Ini dak, Usaha pun tak dak nak markah banyak. Pi Rah!!  Ok , Aku nak kena tunjuk bukti kata Prof dah like insta aku..Hihihi.. Jap ye,,


Thursday, October 18, 2018

BBM3410/18: AKU RASA BERSYUKUR BILA BERADA DISINI

Oke. Kawan-kawan, pasukan teater diarahkan pergi ke Learning Centre Afganistan bagi melakukan persembahan dalam bahasa Inggeris. Awai-awai tu susah hati lah,, Hola kita mana nak reti sangat speaking BI nii. Kesimpulannya Dr. Faz cakap hanya yang amek linguistik BI ja kena buat persembahan, Kami yang amek bahasa Melayu ni pown senang hati😆😆😆. Persembahan itu akan dilakukan pada hujung minggu ini hari sabtu bulan 5 ( semester lepas tak ingat dah tarikh aku pon)

Setibanya kami dekat sana, kami memulakan perkenalan kami dengan anak-anak dari luar negara dimana negara mereka mengalami peperangan. Kali pertama kami melihat mereka, berbaur perasaan sedih melihat keadaan diri kanak-kanak ini. Tangan dan kaki mereka memiliki parut dari serpihan bom yang dilemparkan di kawasan tinggal mereka.

Bayangkan, zaman kanak-kanak hanyalah berlarian tempiaran dari serpihan bom. Yang tinggal hanyalah sisa bangunan yang runtuh dan tiada tempat tinggal. Kanak-kanak ini menceritakan pengalaman mereka sewaktu disana dalam bahasa Inggeris, dan disitu aku berasa syukur bila berada di negara yang aman ini. Terdapat kanak-kanak dari pelbagai negara antaranya, Afganistan, Syria, Gaza dan sebagainya.

Kehadiran kami pada hari itu memang nak menghiburkan kanak-kanak itu, malah kami pulak bersedih melihat keadaan mereka.😔😔 Jadi tanpa membuang masa, pasukan teater persembahan solo melakukan persembahan dengan baik bagi menghiburkan kanak-kanak disini. Oke aku kongsikan beberapa gambar sewaktu kami disana. Ok geng , jumpa lagi di lain hari, sayonara.
















AL-JABBAR ?

 Hai blogger di luar sana Malam ni terdetik hati nak update sesuatu yang mengecewakan hati Betul la mak cakap sayang manusia jangan berlebih...