Thursday, October 18, 2018

BBM3410/18: AKU RASA BERSYUKUR BILA BERADA DISINI

Oke. Kawan-kawan, pasukan teater diarahkan pergi ke Learning Centre Afganistan bagi melakukan persembahan dalam bahasa Inggeris. Awai-awai tu susah hati lah,, Hola kita mana nak reti sangat speaking BI nii. Kesimpulannya Dr. Faz cakap hanya yang amek linguistik BI ja kena buat persembahan, Kami yang amek bahasa Melayu ni pown senang hatiπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Persembahan itu akan dilakukan pada hujung minggu ini hari sabtu bulan 5 ( semester lepas tak ingat dah tarikh aku pon)

Setibanya kami dekat sana, kami memulakan perkenalan kami dengan anak-anak dari luar negara dimana negara mereka mengalami peperangan. Kali pertama kami melihat mereka, berbaur perasaan sedih melihat keadaan diri kanak-kanak ini. Tangan dan kaki mereka memiliki parut dari serpihan bom yang dilemparkan di kawasan tinggal mereka.

Bayangkan, zaman kanak-kanak hanyalah berlarian tempiaran dari serpihan bom. Yang tinggal hanyalah sisa bangunan yang runtuh dan tiada tempat tinggal. Kanak-kanak ini menceritakan pengalaman mereka sewaktu disana dalam bahasa Inggeris, dan disitu aku berasa syukur bila berada di negara yang aman ini. Terdapat kanak-kanak dari pelbagai negara antaranya, Afganistan, Syria, Gaza dan sebagainya.

Kehadiran kami pada hari itu memang nak menghiburkan kanak-kanak itu, malah kami pulak bersedih melihat keadaan mereka.πŸ˜”πŸ˜” Jadi tanpa membuang masa, pasukan teater persembahan solo melakukan persembahan dengan baik bagi menghiburkan kanak-kanak disini. Oke aku kongsikan beberapa gambar sewaktu kami disana. Ok geng , jumpa lagi di lain hari, sayonara.
















No comments:

Post a Comment

AL-JABBAR ?

 Hai blogger di luar sana Malam ni terdetik hati nak update sesuatu yang mengecewakan hati Betul la mak cakap sayang manusia jangan berlebih...