Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/ 18: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum wahai ahli blogger.😄😄😄😄. Hamapa sihat dak semua ? Kalau sihat Alhamdullilah. Baik hari ini, aku nak bagi nota tentang tugasan aku ini sikit ha.

APA ITU ASAS GRAFIK?


Baiklah, Hampa kalau nak buat asas grafik , sebelum itu hampa kena ada 6 jenis barang ini.


  •  6 keping mounting board
  •  6 Riben yang bersaiz lebar dan suku inci
  •  Gam uhu stick
  •  Pisau kecil
  •  Gunting  
  •  Majalah yang terpakai
Hampa jangan ingat pakai komputer nah.. Semua ini kena buat pakai tangan dan bakal menguji kesabaran hampa semua. 😆😆😆😆😆😆 ( Gelak jahat )


Bagi sebelum hampa nak buat tampal-tampal, gunting-gunting, Hampa kena ada dulu beberapa ciri-ciri Asas Grafik masa hampa nak pilih gambar dalam majalah yang hampa maw.

Antaranya ialah :

  • Mudah
Baik, macam mana hampa nak kenai gambar dalam majalah itu ada memiliki ciri-ciri asas  grafik " Mudah" Senang saja nak cam. 

  • Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, mesej yang gambar itu hang paham berdasarkan gambar yang ada dekat situ. Sebagai contoh, gambar kasut kulit yang diperbuat dari kulit buaya tapi bila sampai dekat tulisan atau tajuk besar dia " Hentikan penggunaan pakaian yang menggunakan kulit haiwan" Haa, macam itu ja wei. Senangkan?
Seterusnya

  •  Keseimbangan 
Kseimbangan ini, bila hang tengok gambar majalah itu, hang nampak seimbang dari sisi kanan, sisi kiri . sisi atas  dan sisi  bawah. Kiranya senang cerita gambar duk tengah la dan mempunyai mesej yang tertentu. Sebagai contoh :

  • Aku bagi contoh la, gambar itu macam gambar gadjet berkaitan info dunia hanya dihujung jari Gambar itu duk tengah dan seimbang dari sisi kanan dan kirinya. Haa., Itulah , Asas grafik, kesimbangan. Senang ja kan nak cam ?

Selain itu, 


  • Kesesuaian 
Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, hang rasa  sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia. Sebagai contohnya:

  • Gambar orang tengah solat dan tajuk dia sesuai dengan persekitaran itu. Macam " Solat itu tiang agama". Dekat situ pon , hang dah boleh paham apa itu asas grafik kesesuaian. 

Di samping itu, 

  • Warna
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia

  • Sebagai contoh, bila hang  tengok gambar tu, hang rasa sesuai dari segi warna dan persekitaran dia. Macam dalam majalah itu ada gambar  orang sambut hari Kemerdekaan dan hang tengok sesuai warna dan persekitaran itu seperti warna bendara Malaysia dan orang yang pegang bendera itu. Bila hang tengok balik, Persekitran gambar itu sesuai dengan warna bendera kita yang sudah sedia maklum warna biru, kuning, merah dan putih serta pesekitaran  dia. 

Akhir sekali, 


  • Teks 
Saiz yang berbeza, Fon yang  berbeza, memiliki slogan, tema dan sebagainya.
  • Sebagai contoh, gambar majalah yang memiliki teks, slogan , tema dan sebagainya. Macam " Hidup Perpaduan Mengharmonikan Negara" berserta beberapa orang dari pelbagai kaum dari gambar itu. Kiranya tulisan teks itu memenuhi latar belakang gambar tersebut. 



Baiklah, lepas hampa dah jumpa semua asas  grafik itu, hampa boleh la gunting tampal dekat mounting board itu. 

Oke, sampai sini  saja, selamat tinggal kalian.



No comments:

Post a Comment

AL-JABBAR ?

 Hai blogger di luar sana Malam ni terdetik hati nak update sesuatu yang mengecewakan hati Betul la mak cakap sayang manusia jangan berlebih...