Sunday, March 6, 2022

SULALATUS SALATIN

hai,, warga blogger diluar sana


Salam perkenalan, ( dah lama blogger aku berhabuk, dan lama x update wei,,,,,,,) 

Korang ?


Ada satu persoalan mengenai kisah SULLATUS SALATIN


Setakat penelitian yang dilakukan, kisah ini banyak menceritakan mengenai kebangkitan , kemusnahan mengenai raja-raja melayu  


tetapiii


sejauh mana kebenaran yang dinyatakan?


kalau ada info lebih tolong reply dibawah ye guysss..


thank uπŸ˜™

Sunday, September 19, 2021

CERITA DONGENG ?

Hai para blogger diluar sana..

Berhabuk blogger aku tak update

Tapi

Aku nak bersahaja saja dalam blogger kali ini.

Aku nak sampaikan satu kisah bukan realiti hanya rekaan semata-mata berdasarkan pandangan duniawi yang aku nampak. OK

EPISOD1 : KISAH MENGENAI SI A


Baiklah, sebelum aku mulakan kisah ini tiada kaitan dengan yang mati ataupun yang hidup
Santai-santai je baca yee, πŸ‘€πŸ‘€

Watak-watak yang terlibat

B
C

Si A merupakan seorang yang pendiam, kawan yang tidak seberapa dan setiap hari kehidupannya dipenuhi dengan dunia games. Games apa korang jangan tanya aku, Mobile legend ke Pubg ke Coc Ke apa ke . Korang la tetapkan sendiri games pa yaπŸ˜†πŸ˜†


Nak dijadikan cerita Si A ni bertemu kembali dengan kisah cintanya yang lama iaitu Si B, lebih kurang cita hindustan berputik kembali . Cheewaahh. Maka kehidupan si A yang sentiasa dipenuhi oleh dunia games kembali cerah ( tak tahu la kalau si B tu ada nur dimukanya) πŸ˜†.  Setelah sekian lama, mereka berhubung dan menlebarkan kasih sayang ..aduu lapar pulak teringat roti canai tengah lebarπŸ˜‹ . Si A dan Si B telah mengambil satu keputusan untuk melangkah satu kehadapan. Si A ini kerjaya beliau adalah  bakal menjadi seorang  ahli sastera dan diserap di gomen.  Si B pula adalah seorang pelajar degree dan masih melanjutkan pelajaran.

Tetapi,..






Nanti Aku sambung ye geng. DAAA😜😜😜

Wednesday, July 8, 2020

KEMURUNGAN KE?

Hai blogger2 di luar sana..aku dah lama taram tak tulis blogger sekarang.

sejak2 pkp habis banyak benda yang berlaku

Pertama orang kena buang keje peratusan agak tinggi

Kedua tak mudah untuk stabilkan kehidupan selepas PKP

Ketiga entahlah  rasa putus asa, give up dengan kehidupan pun  ada ( mampus kau neraka la tempat kalau aku meroyanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)


Ada cadangan tak guys untuk mengukuhkan ekonomi hidup kita ??

Jangan la kome suruh teme g kejo goverment..mati teman nak menunggu tawarannya.
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

HIDUP DI NEGERI ORANG MEMANG SUSAH 
KALAU KEWANGAN TAK STABIL
ITU JE SYE BOLEH KATA



kalau para pembaca ada cadangan yang  menarik mengenai persoalan saya di atas..
KOMENLAH DI SINI.
πŸ‘€πŸ‘€


jalan-jalan jumpa daun keladi
nanti kita bertemu lagi ye..

Thursday, March 26, 2020

PERINTAH DILANJUTKAN GUYS 2 MINGGU LAGI

Hai blogger2 diluar sana..dah berhabuk aku punya blog ni..😩😩
Jadi taknak panjangkan cerita tahun 2020 ni
Buat kali pertama aku menghadapi tempoh perintah yang asalnya hanya 2 minggu

tapi dilanjutkan 2 minggu lagi
mereput juga guys duduk rumah walaupun ada kerja nak kena buat

jadi aku harap sapa-sapa yang baca post aku yang baru ini....


Duduklah rumah
Rumah Korang kowt,,,bukannya Neraka
Jangan degil sangat
Masing-masing ada akal kan
Jangan mengeruhkan lagi keadaan

Fikir budak-budak nak SPM 
Fikir family yang banyak komitmen nak bayar
Fikir ekonomi Malaysia apa bakal jadi nanti.

#JanganPentingkanDiriAnda
#HopeMalaysianBeABetter
#Don'tPanicBuying
 #PesananDariRakyatMahrainYangMasihBerjihadDalamBelajar
 

Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: PAPAN CERITA E-MAJALAH

Hai kalian semua. Apa khabar ??

Hari ini aku ingin memberikan beberapa tips tentang papan cerita ?

APA ITU PAPAN CERITA E -MAJALAH ?


  • Papan cerita ialah jalan perceritaan bagi sebuah bagi sebuah keluaran majalah.

  • Papan cerita ini kena ada 10 perkara ini. Seperti :
            # Muka depan produk syarikat
            # Sidang Pengarah
            # Produk yang pertama
            # Produk yang kedua
            # Produk yang ketiga
            # Produk yang keempat
            # Produk yang kelima
            # Produk yang keenam
            # Produk yang ketujug
            # Papan iklan syarikat lain 
  • Di dalam papan cerita ini kenalah ada tajuk besar, apa yang menariknya tentang produk itu, katak-kata hikmah yang bersesuaian dengan produk tersebut. Sebagai contoh, papan cerita tentang produk kasut, beg tangan , syampu, baju dan sebagainya.

Baiklah, sampai disini sajalah perkongsian aku. Selamat tinggal ahli blogger.


BBM3410/ 18: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum wahai ahli blogger.πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. Hamapa sihat dak semua ? Kalau sihat Alhamdullilah. Baik hari ini, aku nak bagi nota tentang tugasan aku ini sikit ha.

APA ITU ASAS GRAFIK?


Baiklah, Hampa kalau nak buat asas grafik , sebelum itu hampa kena ada 6 jenis barang ini.


  •  6 keping mounting board
  •  6 Riben yang bersaiz lebar dan suku inci
  •  Gam uhu stick
  •  Pisau kecil
  •  Gunting  
  •  Majalah yang terpakai
Hampa jangan ingat pakai komputer nah.. Semua ini kena buat pakai tangan dan bakal menguji kesabaran hampa semua. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† ( Gelak jahat )


Bagi sebelum hampa nak buat tampal-tampal, gunting-gunting, Hampa kena ada dulu beberapa ciri-ciri Asas Grafik masa hampa nak pilih gambar dalam majalah yang hampa maw.

Antaranya ialah :

  • Mudah
Baik, macam mana hampa nak kenai gambar dalam majalah itu ada memiliki ciri-ciri asas  grafik " Mudah" Senang saja nak cam. 

  • Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, mesej yang gambar itu hang paham berdasarkan gambar yang ada dekat situ. Sebagai contoh, gambar kasut kulit yang diperbuat dari kulit buaya tapi bila sampai dekat tulisan atau tajuk besar dia " Hentikan penggunaan pakaian yang menggunakan kulit haiwan" Haa, macam itu ja wei. Senangkan?
Seterusnya

  •  Keseimbangan 
Kseimbangan ini, bila hang tengok gambar majalah itu, hang nampak seimbang dari sisi kanan, sisi kiri . sisi atas  dan sisi  bawah. Kiranya senang cerita gambar duk tengah la dan mempunyai mesej yang tertentu. Sebagai contoh :

  • Aku bagi contoh la, gambar itu macam gambar gadjet berkaitan info dunia hanya dihujung jari Gambar itu duk tengah dan seimbang dari sisi kanan dan kirinya. Haa., Itulah , Asas grafik, kesimbangan. Senang ja kan nak cam ?

Selain itu, 


  • Kesesuaian 
Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, hang rasa  sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia. Sebagai contohnya:

  • Gambar orang tengah solat dan tajuk dia sesuai dengan persekitaran itu. Macam " Solat itu tiang agama". Dekat situ pon , hang dah boleh paham apa itu asas grafik kesesuaian. 

Di samping itu, 

  • Warna
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia

  • Sebagai contoh, bila hang  tengok gambar tu, hang rasa sesuai dari segi warna dan persekitaran dia. Macam dalam majalah itu ada gambar  orang sambut hari Kemerdekaan dan hang tengok sesuai warna dan persekitaran itu seperti warna bendara Malaysia dan orang yang pegang bendera itu. Bila hang tengok balik, Persekitran gambar itu sesuai dengan warna bendera kita yang sudah sedia maklum warna biru, kuning, merah dan putih serta pesekitaran  dia. 

Akhir sekali, 


  • Teks 
Saiz yang berbeza, Fon yang  berbeza, memiliki slogan, tema dan sebagainya.
  • Sebagai contoh, gambar majalah yang memiliki teks, slogan , tema dan sebagainya. Macam " Hidup Perpaduan Mengharmonikan Negara" berserta beberapa orang dari pelbagai kaum dari gambar itu. Kiranya tulisan teks itu memenuhi latar belakang gambar tersebut. 



Baiklah, lepas hampa dah jumpa semua asas  grafik itu, hampa boleh la gunting tampal dekat mounting board itu. 

Oke, sampai sini  saja, selamat tinggal kalian.



BBM3410/ 18 : VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum , semua,  aku kembali lagi untuk memberikan beberapa tips bagi


VIDEO TANPA WAJAH

Apa itu video tanpa wajah?

  •  Video tanpa wajah ini ialah sejenis rakaman video yang tidak memerlukan wajah dan hanya       berfokus kepada pergerakan badan iaitu  tangan dan kaki sahaja.

  •  Video tanpa wajah ini juga memiliki jalan penceritaan juga bagi setiap lagu yang telah dipilih   oleh hampa.

  • Video ini juga tidak membataskan latar belakang hampa dan hampa berhak untuk memilih latar belakang rakaman berdasarkan penceritaan yang telah dibuat oleh hampa semua.

  • Sebagai contoh, video tanpa wajah yang hanya berfokuskan kepada kaki atau kasut dan video tanpa wajah yang hanya berfokuskan kepada tangan, pisau, beg kertas dan sebagainya yang memerlukan bantuan tangan.

  • Sekiranya video tanpa wajah itu hanya berfokuskan kepada bantuan tangan seperti memegang pisau maka video tersebut dipanggil sebagai video tanpa wajah ( pisau ) kerana ia bukanlah berfokuskan kepada pisau dengan bantuan tangan di dalam rakaman video tersebut.

Baiklah, sampai disini sahaja , pengkongsian tips dari aku mengenai video tanpa wajah

Selamat tinggal semua πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

SULALATUS SALATIN

hai,, warga blogger diluar sana Salam perkenalan, ( dah lama blogger aku berhabuk, dan lama x update wei,,,,,,,)  Korang ? Ada satu persoala...