Satu kisah yang berbaur sedih dan gembira.
Mai kami nak mula.
Ceritanya begini, saya sebagai pelajar minor bagi seni persembahan kena cari skrip teater bagi
tugasan analisis teater Asia Moden. Dr Fazilah bagi 6 negara saja iaitu:
CHINA
JEPUN
FILIPINA
INDONESIA
SINGAPURA
INDIA
Saya dengan rakan tugas pon ambik la negara China ( Acah-acah nak buat benda susah, amek terus
la benda yang payah buat kanπππππ ) Humm,, sekali amek negara China , susah betui nak
dapat skrip teater China ini, walaupun terkenal dengan Opera China dekat Malaysia. Punya la cari
dekat google yang banyak jumpa pon skrip filem. Cari dekat ke perpustakaan UPM pon tak ada, siap
tanya senior lagi yang pernah buat analisis skrip teater asia ini, menaiplah aku dekat depan komputer
perpustakaan nak cari buku itu tapi TAK DA
Dengan berat hatinya, pi la tanya Dr pasal skrip ini, Dr cakap dekat Dewan Bahasa dan
Pustaka(DBP) ada. Dengan semangat yang kental, kami semua yang sungguh-sungguh nak cari ini pi
la keesokkan harinya dekat DBP. Bila dah sampai, bahan yang kami nak cari tuu, x ada lah pulak.
Aku pikir positif saja dan redha keadaan kami ini. Hari yang aku patut pi DBP tu sepatutnya aku kena
kena hantar buku yang aku pinjam dekat perpustakaan itu. Alamatnya kena bayar denda la cek oii.
Aku dan kawan-kawan pon pulang la dengan hati yang redha dan pasrah
tapi meh aku belanja sikit gambo kami pi DBP haritu..Sat nahh
Kalau nak tahu cerita seterusnya... Nantikan sambungannya yee. Bye-bye
No comments:
Post a Comment