Ok, hari ini UPM ada mengadakan Pesta Makanan Tradisional di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.Bermacam-macam jualan makanan tradisional yang dijual.
Antaranya :
1) Laksa
2) Lontong Kering dari Johor
3) Kuih Koci Labu
4) Nasi Lemak
5) dan lain-lain. ๐๐๐, mana nak ingat semua makanan, aku tahu makan je selamanya ini.๐๐๐
Pesta Makanan Tradisional ini dirasmikan di Laman Muzium Warisan Melayu oleh Chef Jemputan iaitu Dr. Shahrim Karim. Pesta Makanan Tradisonal ini berlangsung pada 8 pagi sehingga 5 petang.
Syurga makanan dah dapat, syurga abadi menanti. Selamat menjamu selera kawan-kawan.
Terima kasih sudi membaca blog ini.
Jumpa lagi ye.
No comments:
Post a Comment