Sebenaqnya aku terkenangkan persembahan solo kanak-kanak dekat Sekolah Kebangsaan Kapar, Klang Selangor. Korang tahu bukan mudah untuk membina satu pasukan yang baik bagi menjayakan persembahan teater. Kalau korang nak tahu apa itu persembahan solo, ia serupa macam monolog tetapi hanya kali ini lain sikit, monolog sorang-sorang je cakap, kali ni aku kena jadi 2 watak yang berlainan pada satu masa yang sama iaitu penglipur dan burung bangau. Aku pown tak tahu la kenapa la aku pilih burung bangau untuk persembahan solo ini. Pengaruh dengan Upin Ipin kowt, Bangau oh Bangau kenapa engkau kurus, ecehhh ππ. Banyak la juga dugaan kami lalui bersama sebagai sebuah pasukan yang baik dari segi pemilihan sekolah, budjet, kekangan masa dan sebagainya. Nasib la imam masing -masing kuat, kalau tidak gaduh besarπππ.
Persembahan kali ini melibatkan murid tadika dan tahap 1 iaitu tahun 1. Bila dah tahap laguni, jawapannya bahasa dalam skrip pon kena rendah tahap kanak-kanak la. Bayangkan kami dah student , nak kurangkan penggunaan bahasa tinggi bukanlah mudah, berapa kali aku kena edit skrip aku dengan Dr. Faz sebab bahasa tinggi. Bukan Senang Woi nak berteater woii.. Sapa yang rasa berlakon teater mudah tu, cuba dulu la , baru tahu. Oke sekarang ada la beberapa gambar yang aku simpan lagi untuk kenangan, selamat melihat, bye-bye
MELUKIS BACKDROP PERSEMBAHAN SOLO KANAK-KANAK
PEMENTASAN PELAKON
HARIMAU, KUDA , MERAH DAN SPIDER BAGI TAHAP TADIKA
PEMENTASAN PELAKON
ARNAB, BANGAU,SIMON SAYS, PENGLIPUR LARA,GAGAK BERSAMA PELAJAR TAHAP 1
GAMBAR BERSAMA GURU BESAR BERSAMA PELAKON DAN PENSYARAH
No comments:
Post a Comment