Thursday, October 25, 2018

BBM3410/18: GAMBAR YANG DI LIKE OLEH PROF

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kenapa muka aku macam tu? Sebab Prof  like gambar hasil kerja kami minggu 1- minggu 4.
Prof cakap, kalau dia like baru dapat markah kalau gambar tu menepati ciri-ciri laa.( Matilanak, kita kena ikut sifu). Terharu Cek Prof like, Lepas Prof like dan-dan aku screenshot terus takut Prof Unlike balik. Kalu Prof tak like mah menyanyi lagu M. Nasir dalam hati aku ini. 10 Markah wei,,hampa ingat sikit ka 10 markah tu, Nak dapat 10 markah kena dengan usahanya takpa la. Ini dak, Usaha pun tak dak nak markah banyak. Pi Rah!!  Ok , Aku nak kena tunjuk bukti kata Prof dah like insta aku..Hihihi.. Jap ye,,


Thursday, October 18, 2018

BBM3410/18: AKU RASA BERSYUKUR BILA BERADA DISINI

Oke. Kawan-kawan, pasukan teater diarahkan pergi ke Learning Centre Afganistan bagi melakukan persembahan dalam bahasa Inggeris. Awai-awai tu susah hati lah,, Hola kita mana nak reti sangat speaking BI nii. Kesimpulannya Dr. Faz cakap hanya yang amek linguistik BI ja kena buat persembahan, Kami yang amek bahasa Melayu ni pown senang hatiπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Persembahan itu akan dilakukan pada hujung minggu ini hari sabtu bulan 5 ( semester lepas tak ingat dah tarikh aku pon)

Setibanya kami dekat sana, kami memulakan perkenalan kami dengan anak-anak dari luar negara dimana negara mereka mengalami peperangan. Kali pertama kami melihat mereka, berbaur perasaan sedih melihat keadaan diri kanak-kanak ini. Tangan dan kaki mereka memiliki parut dari serpihan bom yang dilemparkan di kawasan tinggal mereka.

Bayangkan, zaman kanak-kanak hanyalah berlarian tempiaran dari serpihan bom. Yang tinggal hanyalah sisa bangunan yang runtuh dan tiada tempat tinggal. Kanak-kanak ini menceritakan pengalaman mereka sewaktu disana dalam bahasa Inggeris, dan disitu aku berasa syukur bila berada di negara yang aman ini. Terdapat kanak-kanak dari pelbagai negara antaranya, Afganistan, Syria, Gaza dan sebagainya.

Kehadiran kami pada hari itu memang nak menghiburkan kanak-kanak itu, malah kami pulak bersedih melihat keadaan mereka.πŸ˜”πŸ˜” Jadi tanpa membuang masa, pasukan teater persembahan solo melakukan persembahan dengan baik bagi menghiburkan kanak-kanak disini. Oke aku kongsikan beberapa gambar sewaktu kami disana. Ok geng , jumpa lagi di lain hari, sayonara.
















BBM3410/18: TEATER SEBAHAGIAN HIDUPKU

Orang dulu-dulu cakap, benda yang lalu usah dikenang. Tapi masalahnya sekarang aku ini, asyik teringatkan kenangan lalu tentang teater, belum habis study lagi , dah kenang-kenang teater kat UPM.

Sebenaqnya aku terkenangkan persembahan solo kanak-kanak dekat Sekolah Kebangsaan Kapar, Klang Selangor. Korang tahu bukan mudah untuk membina satu pasukan yang baik bagi menjayakan persembahan teater. Kalau korang nak tahu apa itu persembahan solo, ia serupa macam monolog tetapi hanya kali ini lain  sikit, monolog sorang-sorang je cakap, kali ni aku kena jadi 2 watak yang berlainan pada satu masa yang sama iaitu penglipur dan burung bangau. Aku pown tak tahu la kenapa la aku pilih burung bangau untuk persembahan solo ini. Pengaruh dengan Upin Ipin kowt, Bangau oh Bangau kenapa engkau kurus, ecehhh πŸ˜‰πŸ˜‰. Banyak la juga dugaan kami lalui bersama sebagai sebuah pasukan yang baik dari segi pemilihan sekolah, budjet, kekangan masa dan sebagainya. Nasib la imam masing -masing kuat, kalau tidak gaduh besarπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Persembahan kali ini melibatkan murid tadika dan tahap 1 iaitu tahun 1. Bila dah tahap laguni, jawapannya bahasa dalam skrip pon kena rendah tahap kanak-kanak la. Bayangkan kami dah student , nak kurangkan penggunaan bahasa tinggi bukanlah mudah, berapa kali aku kena edit skrip aku dengan Dr. Faz sebab bahasa tinggi.  Bukan Senang Woi nak berteater woii.. Sapa yang rasa berlakon teater mudah tu, cuba dulu la , baru tahu. Oke sekarang ada la beberapa gambar yang aku simpan lagi untuk kenangan, selamat melihat, bye-bye




MELUKIS BACKDROP PERSEMBAHAN SOLO KANAK-KANAK



PEMENTASAN PELAKON
 HARIMAU, KUDA , MERAH DAN SPIDER BAGI TAHAP TADIKA










PEMENTASAN PELAKON
 ARNAB, BANGAU,SIMON SAYS, PENGLIPUR LARA,GAGAK BERSAMA PELAJAR TAHAP 1



GAMBAR BERSAMA GURU BESAR BERSAMA PELAKON DAN PENSYARAH 




BBM3410/18: GAYA SIMPULAN BAHASA

Oke , Minggu ini aku and the geng diarahkan oleh Prof untuk pilih 10 simpulan bahasa dan melakukan gaya bagi simpulan bahasa tersebut dan bila orang teka dan paham, orang itu dapat jawab.
Simpulan bahasa yang terpilih ialah


bertikam lidah
ikat perut
 cantik  molek
pekak badak
ada bakat
bulat kata
kaki ayam
murah hati
hati tikus
senyum kambing


Dengan rasminya, tiba-tiba geng-geng ni lantik aku jadi pengarah. Aduishh..ni paling lemah ni, jadi pengurus pentas xpe lagi wei, kemurungan aku kejap masa tuπŸ‘΅πŸ‘΅. Antara gaya simpulan  yang paling susah sekali  senyum kambing dengan hati tikus. Aish,, senyum kambing ni dah la payah nak  buat, nak bagi pelakon-pelakon ( masing-masing kena jadi pelakon, tidok markah xdok) ni senyum kambing bukan mudah wei. Kenapa aku cakap susah, sebabnya dalam geng aku, suma muka innocent punya orang, payah nak buat jahat, πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜πŸ˜πŸ˜†πŸ˜† ( Sorry  geng kutuk korang jap). Naik buntu aku. dan akhir keputusan aku, korang senyum la ala-ala jahat sikit, bukan hampa  tak besa jadi jahat langsung ( agak deep tapi diorang oke je and sporting). Aku ingatkan bila dah susah yang ni dah habis dah, rupanya ada lagi.. Gaya bahasa HATI TIKUS. pening aku mikir awai-awai tu, tapi ada hasilnya juga, satgi hampa tengok la gaya bahasa hati tikus macam mana.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.



GAYA SIMPULAN BAHASA



Bertikam Lidah



Ikat Perut


Cantik Molek


Pekak Badak


Ada Bakat


Bulat Kata


Kaki Ayam


Murah Hati


Hati Tikus


Senyum Kambing


Ok, wahai ahli-ahli blogger ,inilah hasilnya, ok sampai sini saja aku menulis.
Jumpa lagi, bye-bye

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: SEPANJANG AKU DEKAT UPM, AIR IS THE BIG PROBLEM

Aku tak tahu la, UPM ini memang selalu ada masalah aiq ka apa ka, Yang aku taw, aku nak mandi susah nak pi kelas.😠😠😠. Masalah air ini, aku malas nak bahas- bahas dekat sini, kang kena kecam pulak!! Masalah air ini setiap sem jadi masalah  dekat UPM. Aku sampai Redha jela. Bila dekat Kedah tak la juga jadi macam ini. Masalah air dengan UPM tiada berpisah . Jadi jangan bising kalau bau perfume kuat dari kalangan student UPM.




Oke, kita berjumpa lagi ya disini,
Bye-bye



BBM3410/18: AKU LAYAN PASKAL 2 KALI WEI!!

Di sini aku nak cerita, kenapa aku kena tengok PASKAL? Kenapa agak-agak2? Sebab ASSIGMENT. Assigment Dr.Zul tentang review movie. Mula-mula tu nak layan One Two Jaga filem Namron, tapi dah kena ban dengan PDRM sebab Rasuah dalam kalangan polis la katakan. . ( Memang wujud pon, terima jela hakikat itu). Aku pon layan la PASKAL ini pada kali pertama dekat TGV , The Mines. Bab duit tak kisah sangat pon, sebab assigment kan, redha jela. 

Pandangan pertama tentang PASKAL


Pergh!! aku bagi 10/10 ratings dia. Korang patut tengok! bukan patut tengok! WAJIB!! x rugi pown tengok! Last scene tu aku menangis ( kita jiwa patriotisme biasa la), bila tengok pahlawan yang sebenarnya berkorban jiwa , diri  dan family demi negara tanpa nama mereka dikenali oleh masyarakat. Aku sarankan korang pergi la tengok support sikit filem tempatan . Disebabkan seronok sangat, aku pi tengok kali kedua dekat GSC IOI CITY MALL. Hampa akan lihat PASKAL ini dari pelbagai sudut iaitu keluarga, kawan-kawan dan lain-lain. Komfrem hampa akan rasa hampa tergaman, tak mampu kata apa-apa. 😎😎



Dalam PASKAL ini watak yang paling aku minat Yan dan Gagak sebagai SNIPER. Dah lama dalam hati nak jadi SNIPER, sebab aku nak tembak pala orang yang suka bising malam-malam dekat blok. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. ( Melawak je wei).

JADI, SILA MENONTON FILEM INI, TAK AKAN RUGI MASA DAN DUIT ANDA!!


                                        







BBM3410/18: FLATLAY DUEDATE YANG AWAI SANGAT



Pada minggu ini aku dan the geng telah diarahkan untuk melakukan beberapa asas fotogarfi iaitu asas fotografi Flatlay. Nak tahu lebih lanjut,bacalah blog ini dengan selanjutnya. Hahahahha. Jangan malas membaca ye. Flatlay Shot ni pulak, kita kena susun barang-barang atas meja, lepastu kena ambik gambar dari atas. Tapi bukan barang je, manusia pun boleh, makanan, baju ootd (outfit of the day) ke.. Flatlay ni terbahagi kepada tiga pulak, antaranya  Half Flatlay & Quater Flatlay dan Zero Flatlay. Sama macam tugasan minggu lepas, kitaorang bahagi-bahagi  kerja antara 10 orang tu and then kitaorang kena upload kat instagram. Tapi kan, tugasan tu dapat pukul 10.45 pagi, duedate 12.30 tengahari. Matilanak!!!😒😒😒. Kelam kabut kami nak buat shot  adik beradik  Flatlay 20 foto. Tapi kan,, tapi kann,, nasib la Prof ni memiliki hati yang budiman ditangguhnya due date pukul 9 p.m. Perbetui apa yang tak kena. Dekat sini aku share gambar-gambar photoshoot bagi adik beradik Flatlay dan gambar proses pembikinan foto itu sihh.. 


A)    Flatlay
Tema yang digunakan ialah:

1) Flatlay Barang  Belajar



2)  Flatlay Kasut

3)  Flatlay Kosmetik

4) Flatlay Elektrik

5)      Flatlay Barang Perhiasan


B)      Half FlatLay

Tema yang digunakan ialah:

1)      Half Faltlay Peralatan

2)      Half Faltlay Perhiasan




3)      Half Faltlay  Payung Makku

4)      Half Faltlay  Alat Tulis

5)      Half Faltlay Bunga Cintaku



C)      Quater Faltlay

Tema yang digunakan ialah:

1)      Quater Faltlay Kelengkapan Kelas

2)      Quater Faltlay Aksesori Kaum Wanita

3)      Quater Faltlay Kasut Sukan

4)      Quater Faltlay Kelengkapan Perkhemahan

5)      Quater Faltlay Aksesori Gadjet

D)      Zero Flatlay

Tema yang digunakan ialah:
1)      Zero Flatlay Bunga Hatiku

2)      Zero Flatlay Pewangi

3)      Zero Flatlay Kemewahan



4)      Zero Flatlay Topi Kelendar

5)      Zero Flatlay Perhiasan Wanita



Proses - proses pembikinan foto sihh. Jangan Ketawa yaa.








AL-JABBAR ?

 Hai blogger di luar sana Malam ni terdetik hati nak update sesuatu yang mengecewakan hati Betul la mak cakap sayang manusia jangan berlebih...