Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: PAPAN CERITA E-MAJALAH

Hai kalian semua. Apa khabar ??

Hari ini aku ingin memberikan beberapa tips tentang papan cerita ?

APA ITU PAPAN CERITA E -MAJALAH ?


  • Papan cerita ialah jalan perceritaan bagi sebuah bagi sebuah keluaran majalah.

  • Papan cerita ini kena ada 10 perkara ini. Seperti :
            # Muka depan produk syarikat
            # Sidang Pengarah
            # Produk yang pertama
            # Produk yang kedua
            # Produk yang ketiga
            # Produk yang keempat
            # Produk yang kelima
            # Produk yang keenam
            # Produk yang ketujug
            # Papan iklan syarikat lain 
  • Di dalam papan cerita ini kenalah ada tajuk besar, apa yang menariknya tentang produk itu, katak-kata hikmah yang bersesuaian dengan produk tersebut. Sebagai contoh, papan cerita tentang produk kasut, beg tangan , syampu, baju dan sebagainya.

Baiklah, sampai disini sajalah perkongsian aku. Selamat tinggal ahli blogger.


BBM3410/ 18: ASAS GRAFIK

Assalamualaikum wahai ahli blogger.😄😄😄😄. Hamapa sihat dak semua ? Kalau sihat Alhamdullilah. Baik hari ini, aku nak bagi nota tentang tugasan aku ini sikit ha.

APA ITU ASAS GRAFIK?


Baiklah, Hampa kalau nak buat asas grafik , sebelum itu hampa kena ada 6 jenis barang ini.


  •  6 keping mounting board
  •  6 Riben yang bersaiz lebar dan suku inci
  •  Gam uhu stick
  •  Pisau kecil
  •  Gunting  
  •  Majalah yang terpakai
Hampa jangan ingat pakai komputer nah.. Semua ini kena buat pakai tangan dan bakal menguji kesabaran hampa semua. 😆😆😆😆😆😆 ( Gelak jahat )


Bagi sebelum hampa nak buat tampal-tampal, gunting-gunting, Hampa kena ada dulu beberapa ciri-ciri Asas Grafik masa hampa nak pilih gambar dalam majalah yang hampa maw.

Antaranya ialah :

  • Mudah
Baik, macam mana hampa nak kenai gambar dalam majalah itu ada memiliki ciri-ciri asas  grafik " Mudah" Senang saja nak cam. 

  • Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, mesej yang gambar itu hang paham berdasarkan gambar yang ada dekat situ. Sebagai contoh, gambar kasut kulit yang diperbuat dari kulit buaya tapi bila sampai dekat tulisan atau tajuk besar dia " Hentikan penggunaan pakaian yang menggunakan kulit haiwan" Haa, macam itu ja wei. Senangkan?
Seterusnya

  •  Keseimbangan 
Kseimbangan ini, bila hang tengok gambar majalah itu, hang nampak seimbang dari sisi kanan, sisi kiri . sisi atas  dan sisi  bawah. Kiranya senang cerita gambar duk tengah la dan mempunyai mesej yang tertentu. Sebagai contoh :

  • Aku bagi contoh la, gambar itu macam gambar gadjet berkaitan info dunia hanya dihujung jari Gambar itu duk tengah dan seimbang dari sisi kanan dan kirinya. Haa., Itulah , Asas grafik, kesimbangan. Senang ja kan nak cam ?

Selain itu, 


  • Kesesuaian 
Bila hang tengok gambar dalam majalah itu, hang rasa  sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia. Sebagai contohnya:

  • Gambar orang tengah solat dan tajuk dia sesuai dengan persekitaran itu. Macam " Solat itu tiang agama". Dekat situ pon , hang dah boleh paham apa itu asas grafik kesesuaian. 

Di samping itu, 

  • Warna
Gambar sesuai dengan persekitaran yang berada di sekeliling manusia

  • Sebagai contoh, bila hang  tengok gambar tu, hang rasa sesuai dari segi warna dan persekitaran dia. Macam dalam majalah itu ada gambar  orang sambut hari Kemerdekaan dan hang tengok sesuai warna dan persekitaran itu seperti warna bendara Malaysia dan orang yang pegang bendera itu. Bila hang tengok balik, Persekitran gambar itu sesuai dengan warna bendera kita yang sudah sedia maklum warna biru, kuning, merah dan putih serta pesekitaran  dia. 

Akhir sekali, 


  • Teks 
Saiz yang berbeza, Fon yang  berbeza, memiliki slogan, tema dan sebagainya.
  • Sebagai contoh, gambar majalah yang memiliki teks, slogan , tema dan sebagainya. Macam " Hidup Perpaduan Mengharmonikan Negara" berserta beberapa orang dari pelbagai kaum dari gambar itu. Kiranya tulisan teks itu memenuhi latar belakang gambar tersebut. 



Baiklah, lepas hampa dah jumpa semua asas  grafik itu, hampa boleh la gunting tampal dekat mounting board itu. 

Oke, sampai sini  saja, selamat tinggal kalian.



BBM3410/ 18 : VIDEO TANPA WAJAH

Assalamualaikum , semua,  aku kembali lagi untuk memberikan beberapa tips bagi


VIDEO TANPA WAJAH

Apa itu video tanpa wajah?

  •  Video tanpa wajah ini ialah sejenis rakaman video yang tidak memerlukan wajah dan hanya       berfokus kepada pergerakan badan iaitu  tangan dan kaki sahaja.

  •  Video tanpa wajah ini juga memiliki jalan penceritaan juga bagi setiap lagu yang telah dipilih   oleh hampa.

  • Video ini juga tidak membataskan latar belakang hampa dan hampa berhak untuk memilih latar belakang rakaman berdasarkan penceritaan yang telah dibuat oleh hampa semua.

  • Sebagai contoh, video tanpa wajah yang hanya berfokuskan kepada kaki atau kasut dan video tanpa wajah yang hanya berfokuskan kepada tangan, pisau, beg kertas dan sebagainya yang memerlukan bantuan tangan.

  • Sekiranya video tanpa wajah itu hanya berfokuskan kepada bantuan tangan seperti memegang pisau maka video tersebut dipanggil sebagai video tanpa wajah ( pisau ) kerana ia bukanlah berfokuskan kepada pisau dengan bantuan tangan di dalam rakaman video tersebut.

Baiklah, sampai disini sahaja , pengkongsian tips dari aku mengenai video tanpa wajah

Selamat tinggal semua 😅😅😅

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

Hai semua,, hari ini aku ingin memberitahu beberapa tips atau nota kepada hampa semua tentang


VIDEO ONE SHOT

Apa itu video one shot ? 


  • Video one shot ini merupakan satu shot yang memerlukan pengerakan manusia keluar masuk di dalam video  tersebut. 
  •  Video one shot juga memiliki jalan cerita berdasarkan pemilihan lagu kalian lorh!!  



APA ITU VIDEO ONE SHOT ONE LAYER

  • Video ini juga tidak boleh dihentikan pengerakan manusia sepanjang lagu yang dipilih oleh hampa  di dendangkan.
  • Namun begitu, video one shot ini tidak memerlukan latar belakang yang cantik atau latar belakang   pergerakan di dalam video sepanjang rakaman tersebut. Contohnya  seperti berikut :  

  •              # Pergerakan pokok
                 # Pergerakan kereta
                 # Langsir bergoyang dan sebagainya


APA ITU VIDEO ONE SHOT TWO LAYER?
  • Video ini juga tidak boleh dihentikan pengerakan manusia sepanjang lagu yang dipilih oleh hampa  di dendangkan.
  • Namun begitu, video one shot ini  memerlukan dua jalan penceritaan di dalamnya,
  • Tidak memerlukan latar   belakang   pergerakan di dalam video sepanjang rakaman tersebut. Contohnya  seperti berikut :  

  •              # Pergerakan pokok
                 # Pergerakan kereta
                 # Langsir bergoyang dan sebagainya


    APA ITU VIDEO ONE SHOT THREE LAYER ?


  • Video ini juga tidak boleh dihentikan pengerakan manusia sepanjang lagu yang dipilih oleh hampa  di dendangkan.
  • Namun begitu, video one shot ini  memerlukan latar belakang yang cantik atau latar belakang   pergerakan di dalam video sepanjang rakaman tersebut. Contohnya  seperti berikut :  


    •              # Pergerakan pokok
                   # Pergerakan kereta
                   # Langsir bergoyang dan sebagainya

Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian aku pada hari ini berkaitan video one shot ini.


Selamat tinggal Ahli-ahli Blogger 



AL-JABBAR ?

 Hai blogger di luar sana Malam ni terdetik hati nak update sesuatu yang mengecewakan hati Betul la mak cakap sayang manusia jangan berlebih...